Wednesday, 3 October 2012

Assalamualaikum/Salam Sejahtera



- TERIMA KASIH KERANA MELAWAT DI BLOG KAMI -


 Kami disini menyediakan Muffin & Tart pelbagai jenis perasa. Tapi buat masa ni, tak berapa banyak jenis yang kami buat. Maklumlah baru menceburi dalam bidang bakery. Saudara/Saudari boleh melihat menu kami di page MENU. Kami akan update menu kami dari masa ke semasa....

Kami menerima tempahan juga kuantiti sedikit & banyak. Ia sesuai juga untuk membuat hantaran kahwin atau pertunangan. Tetapi kami tidak menghias atas dulang yek. Segala tempahan Saudara/Saudari boleh click page Tempahan & Contact.

Penghantaran kami sekitar Shah Alam, Ampang, Petaling Jaya, Subang dan kawasan terdekat dengannya (cas penghantaran mengikut tempat), tapi kalau dekat-dekat dengan area tempat kami kira F.O.C sahaja.

Kami mengalu-alukan cadangan menu daripada saudara/saudari untuk kepuasan anda. 


 Monday, 8 October 2012



Lupa saya nak bagi tahu, semua saiz tart kami adalah MEDIUM. Kami akan buat juga yang small size, tapi masih dalam perancangan. Tetapi jika ada permintaan dari anda, kami akan tunaikan. Kami baru membakar tart Blueberry, rasanya terbaik dari ladang. Kami telah memasukkan gambar tersebut di Menu kami.


Friday, 12 October 2012



Hari ini kami membakar satu lagi tart Strawberry untuk sandara/saudari. Saudara/saudari boleh melihat di pages tart kami.
  

Wednesday, 17 October 2012


Ini adalah cara pembukusan kami buat masa ni.


Hari ni kami mengukus Apam Polkadot yang lembut dan empok. Kami juga telah menambahkan resepi kami iaitu Fruit Cheese Tart. Saudara/Saudari boleh melihat hasil tangan kami di page Menu kami.


Tuesday, 30 October 2012


Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha kepada semua umat Islam di seluruh malaysia daripada kami. Maaf terlambat sikit nak buat ucapan sebab bz dengan balik kampung & Qurban. Pada Hari Raya AidilAdha hari tu, kami ada buat apam polkadot yang lembut dan Fruit Tart yang segar. Bolehlah kalau sesiapa nak cuba apam polkadot atau Fruit Tart kami seperti di bawah :-


Apam Polkadot biasa + Blurberry filling
Fruit Cheese Tart

Wednesday, 14 November 2012



CornFlakes Madu

Selamat menyambut Awal Muharram kepada semua umat Islam di Malaysia dan Happy Deepavali kepada penganut agama Hindu. Disini saya mahu memaklumkan kepada pelawat-pelawat blog kami yang kami telah manambahkan menu kami yang paling special disini iaitu Fa 'Iza CornFlakes Madu yang cukup manis madu dan rasa jagungnya.

Kami juga menyediakan Cake pelbagai rasa dan kami akan menambah dan merealisasikan lagi menu minum petang saudara/saudari. Nak tahu, kena tungguuuuuuuuuu..........

  

Wednesday,  2 January 2013


Selamat menyambut tahun baru 2013 kepada semua dari Fa'Iza Bakers yang melawati blog kami. Diharap semua dapat mencapai matlamat yang diidamkan. Kami berdoa kepada semua pelawat blog kami sihat sejahtera dan mempunyai azam baru untuk mengubah diri kepada yang lebih baik dan lebih sempurna.  


 Tuesday,  19 February 2013


Selamat menyambut Tahun Baru Cina @ Gong Xi Fa Chai kepada bangsa cina dan yang beragama Buddha. Sudah lama kami tak update blog disebabkan ada hal-hal yang tak dapat di elakkan. Kami di sini memaklumkan bahawa kepada pelanggan-pelanggan yang dihormati, Fruit Cheese Tart kami telah naik dari harga RM 1.00 kepada RM 1.10. Ini kerana harga buah dipasaran yang meningkat. Kami berterima kasih kepada pelanggan-pelanggan telah menyokong produk kami.


Fruit Cheese Tart

Pembungkusan untuk peniaga kecil

Kami juga menyediakan pembungkusan untuk peniaga-peniaga yang berminat untuk berniaga produk kami. Fruit Cheese Tart diatas sebagai contoh produk kami yang telah di packing untuk dijual terus. Kepada yang berminat, boleh terus menghubungi kami untuk perbincangan selanjutnya.


 Friday,  12 July 2013


Selamat menyambut bulan yang mulia Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam di Malaysia atau dimana sahaja.

Tempahan TartTella & Fruit Tart

CornFlakes Almond Chocolate

 Kami ada menu baru untuk semua pelanggan yang kami hormati sekalian. Cornflakes dan Almond yang disalut dengan coklat. Para pelanggan boleh mula menempah mulai hari ini untuk Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.


Saturday,  21 July 2013


Fa'Iza ConFlakes Madu & CornFlakes Almond Chocolate

Kami masih menerima tempahan untuk Hari Raya Aidilfitri. Penghantaran PERCUMA di Lembah Klang.

 

 

 

Saturday,  23 November 2013 

 

 

Assalamualaikum / Salam Sejahtera


Apa kabar para pelanggan dan blogger. Di sebabkan kami baru menerima cahaya mata pertama, kami jarang update di blog kami. Kami masih beroperasi dan masih menerima tempahan untuk sesiapa sahaja.  

 

Kami tidak lagi menerima tempahan Apam Polkadot & Muffin kerana kami mahu menumpukan kepada Tart.

 



Saturday,  23 November 2013 

 

 

Pada hari ini kami telah mengubah sedikit topping pada Tart Chocolate seperti gambar dibawah. 

Tart Chocolate


Thursday,  16 January 2014

 

 

 

Selamat tahun baru diucapkan kepada para pelanggan yang kami hormati sekelian. Di sini kami ingin mengumumkan harga-harga Tart kami telah di naikkan sedikit disebabkan harga barangan basah telah meningkat. Kami juga akan menaik taraf Tart dan Cookies kami dari masa ke semasa. Harap maklum.

 

 

  


Sunday, 28 July 2014

 

 

 

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidilfitri kami ucapkan kepada semua umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia. Kami telah menambah resepi baru kami iaitu Biskut Lidah Kucing (Rainbow Cookies). Kami ingin memaklumkan kepada semua, harga cookies kami akan dinaikkan selepas Hari Raya Aidilfitri kerana bahan-bahan yang kami gunakan telah meningkat. Disini kami minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau-kalau hidangan kami tidak menepati citarasa semua. Kami sedia menerima kritikan dari anda semua.


Biskut Lidah Kucing (Rainbow Cookies)




Terima kasih atas sokongan anda.





KALAU TAK SEDAP BERITAHU KAMI, KALAU SEDAP BERITAHU KAWAN.